Kelab Sukan dan Rekreasi Bolasepak Maxiborn bersama MiSi Rakyat Petaling Jaya (MRPJ) di Tapak Evo PJ City.

Petaling Jaya, 6 Januari 2024, Kelab Sukan dan Rekreasi Bolasepak "Maxiborn"telah mengadakan Aktiviti Program Mini Karnival Belia dan Komuniti Petaling Jaya. Bersama memberi sokongan dalam acara ini adalah pengurusan Misi Rakyat PJ (MRPJ) turut menjayakan. Dengan diadiri ramai pengunjung ia dapat memeriahkan lagi suasana aktiviti Kelab Sukan dan Rekreasi Bolasepak Maxiborn bersama Pentadbir Misi Rakyat petaling Jaya (MRPJ) yang hadir. 


ACARA : PROGRAM MINI KARNIVAL BELIA & KOMUNITI PETALING JAYA.

Tarikh : 06 JANUARI 2024

MASA : 8.00 MLM - 11.30 MLM

TEMPAT : TAPAK EVO PJ CITY, PETALING JAYA.

Anjuran : KELAB SUKAN DAN REKREASI BOLASEPAK MAXIBORN bersama MiSi Rakyat Petaling Jaya ( MRPJ).







Tetamu Jemputan Khas :

1- Fredo Flybaits ( Artis Lagenda )

2- YB Dr Afif bin Bahardin

( Adun Taman Medan)

3- Nur Ahmad Faiz bin Mohd Azmi ( FOUNDER Aplikasi MiSi)

4- Ariff Fadli bin Abd Wahab

( Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi Bolasepak Maxiborn) merangkap

( Pengurus Kawasan Pentadbiran Misi Petaling Jaya)


Program pertama bagi Tahun 2024 adalah sebagai Pembuka Tirai Majlis Mini Karnival melibatkan Golongan Belia dan Komuniti Petaling Jaya.



Tapak lokasi Program yang sangat strategik untuk Belia dan Masyarakat Petaling Jaya untuk makan minum serta berhibur bersama keluarga dan kawan. Disediakan juga untuk Peniaga - peniaga yang tersusun rapi dan bersih.  Suasana lanskap kawasan yang sangat menarik dan Indah untuk dikunjungi.



Lokasi berdekatan dengan pintu masuk Utama Universiti Malaya ( UM ) dan MAHSA University. Ini memberi kan kelebihan kepada pelajar - pelajar untuk keluar makan bersama rakan atau dengan lebih mudah boleh membuat tempaan makanan melalui sistem Aplikasi MiSi di Apps MiSi. Murah dan berbaloi sesuai untuk semua pelajar. Jom Bijak dan Cermat dalam berbelanja di Apps Misi LOKAL yang Satu-satunya mengekalkan harga makanan minuman yang sama harga di Kedai.



Program Mini Karnival ini bertujuan untuk meraikan kemenangan pemain pemain bolasepak Maxiborn disamping itu mempromosi kan Aplikasi Misi Rakyat dan Tapak Evo PJ City, Petaling Jaya.

Kehadiran Fredo Flybaits memeriahkan lagi suasana Program Mini Karnival ini dengan Persembahan yang bertenaga dan kemerduan suara emas Lagenda 80an. Fredo sangat mesra dengan tetamu yang hadir. Beliau juga menyampaikan Sijil Penghargaan kepada 17 Wakil Pentadbir Kawasan Misi Rakyat dari seluruh Malaysia.



Kehadiran YB Dr Afif memberi suntikan semangat kepada Kelab Sukan dan Rekreasi Bolasepak Maxiborn dan MiSi Rakyat Petaling Jaya (MRPJ) sebagai  tanda sokongan bagi memajukan Sukan dan ekosistem Ekonomi di Petaling Jaya. Beliau berharap Sukan dan Program masyarakat di teruskan dan menjadi Insdustru yang bagus di masa akan datang. YB Dr Afif menyampaikan hadiah kepada semua pemain bolasepak Maxiborn FC. Dengan sokongan yang penuh dan padu diberikan kepada Kelab Sukan dan Misi Rakyat Petaling Jaya (MRPJ) ia menjadi Motivasi semangat untuk terus berjaya.



Penghujung yang hadir pada Program ini adalah semua pentadbir Kawasan Misi Rakyat. Namun kami diberi kejutan dengan kehadiran Tuan Pengasas Misi Iaitu Nur Ahmad Faiz bin Mohd Azmi ( "Founder Misi" ) hadir secara tiba tiba di Majlis Mini Karnival ini. Kehadiran beliau telah memeriahkan lagi suasana dan sambutan dengan penuh kegembiraan serta keceriaan. Beliau juga terkejut kerana Majlis Mini Karnival ini dibuat sehebat begini di Kawasan Petaling Jaya. Dan beliau sangat gembira kerana dapat bersama sama dengan semua Pentadbir Kawasan yang turut hadir. Beliau hendak semua kawasan juga adakan Program seperti ini dan beliau mahu gabungan kawasan dalam kerjasama dapat naikkan  Ekosistem Aplikasi Misi dengan Gelombang Empayar di Lembah Klang.



Ariff Fadli mewakili Pentadbir Kawasan Petaling Jaya (MRPJ) dan juga Presiden Kelab  menyatakan bahawa program seperti ini dapat mendekatkan kita kepada golongan Belia dan Komuniti. Oleh itu Program sebegini akan diteruskan pada bulan Februari 2024. Dimana ia akan menjadi lebih besar dan hebat. Program ini akan dapat mempromosikan Aplikasi Misi dan juga sukan secara meluas dengan lebih baik lagi. Rakyat sihat dan kuat maka Rakyat Bijak dalam berbelanja hanya di Aplikasi Misi.




Kelab Sukan dan Rekreasi Bolasepak Maxiborn bersama Pentadbir Kawasan Petaling Jaya (MRPJ) amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Program Mini Karnival Belia dan Komuniti Petaling Jaya ini . Terutama pihak penganjur berterima kasih kepada Pengurusan Tapak Evo PJ City,  Petaling Jaya dan Fredo Flybaits kerna memberi sumbangan Besar dalam menjayakan program penuh penghormatan dan berjalan lancar. 



Boleh daftar secara percuma di QR Code baru kami dibawa .Jangan lepaskan peluang untuk bersama mencapai kejayaan dengan Misi Rakyat Petaling Jaya (MRPJ)


Imbas QR Kod disini untuk maklumat lanjut dan Pendaftaran Percuma






Comments

Popular posts from this blog

💸 (Scammer) Syarikat pelaburan tempatan perniagaan pendedahan Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) melibatkan 100 orang jadi mangsa

Pelancaran dan Majlis Perasmian Presiden Dewan Perniagaan Perindustrian dan Pelaburan Malaysia-Wuxi, China.

🌙 DI GALERI NUR RAUDHAH DENGAN KERJASAMA RUMAH KASIH NURUL HASANAH AMPANG DN ANITA Entertainment & Productions