๐ช KELUHAN KOMUNITI P14B PUTRAJAYA - HAMPA TIADA TINDAKAN SERIUS DARIPADA PIHAK PPJ PUTRAJAYA

๐ฎ Hari Keselamatan dan Keceriaan P14B 2.0 Penduduk Presint 14B (P14B), Putrajaya diketuai Pengerusinya, Ybrs Tuan Haji Kamarun Ab Rahman. mengadakan sesi dialog bersama Pengerusi Persatuan Penduduk Putrajaya, Datoโ Ahmad Faisal, penjawat awam, Ahmad Fadhly; dan Leftenan Kamarul Haqim dari APM. selepas acara demo & keselamatan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pelbagai keluhan & masalah penduduk dari komuniti Presint 14B (P14B) yang hadir adalah majoriti sudah bersara berbangkit di suarakan secara terus terang. Mereka mengambil peluang yang dibuka dengan menegaskan bahawa dialog tidak bermakna jika tiada wakil PPj. Malangnya suara ini hanya menjadi tempat luahan perasaan, tanpa keputusan tuntas. Banyak masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan, meskipun selepas enam bulan. Keadaan menjadi semakin buruk, dan membimbangkan. Penutupan cawangan Pejabat Pos berdeka...