π¬ Syaitan Munafik filem kolaberasi Malaysia - Indonesia akhirnya hari ini berada di pawagam setelah 15 tahun, sasar satu juta penonton Malaysia & dua juta penonton Indonesia bulan Januari nanti
ποΈ 20 Disember 2023 - TGV πΏ Cinema Wangsa Maju
π SINOPSIS SYAITAN MUNAFIK
SYAITAN MUNAFIK mengisahkan cerita orang-orang tua dengan terjadi insiden dimana satu kumpulan pelajar lndonesia bergabung bersama tiga lagi pelajar tempatan. Setelah mengambil teman mereka di βairportβ dan meneruskan perjalanan ke selatan tanahair untuk ke destinasi yang dirancang. Demi mengejar cita-cita untuk membuat βresearchβ tentang seorang dukun tua yang sebenarnya adalah raja segala saka dan ilmu hitam.
Di dalam perantauan, mereka telah menempuh berbagai halangan serta rintangan dari awal perjalanan hinggalah tiba dikaki gunung tersebut. Tanpa menghiraukan kejadian-kejadian aneh itu berlaku, kenderaan yang mereka naiki itu terus melunsur kesatu tempat dan terus menyusuri ke alam ghaib tanpa mereka sedari perubahan dua alam.
Filem budget keseluruhannya 1.9 juta ni mempunyai kekuatan & daya tarikan tersendiri di mana hampir setiap babak dalam filem dilakonkan pelakon terkenal & sudah biasa di layar perak bergenre seram santai dan menghiburkan kehadiran pelakon komedi untuk tontonan seisi keluarga. Suatu hasil kerja yang unik untuk filem gandingan pelakon Malaysia - Indonesia ini walaupun mempunyai masalah teknikal & bergelut pelbagai cabaran selama 15 tahun.
Pihak produser menjawab adegan kontroversi berkemban dalam filem yang diluluskan oleh Penapis Filem hanya potongan 5%
Kehadiran & sokongan artis Indonesia mendapat tajaan dari TransNusa Air Indonesia malam tayangan Syaitan Munafik
Suasana bahagian promosi & pendaftaran tayangan filem Syaitan Munafik
Sokongan artis seperjuangan & veteran tempatan malam tayangan Syaitan Munafik
Sebarang maklum balas lanjut :
π¬ Dikeluarkan
oleh Unit Komunikasi Korporat, United Nine Creative Sdn. Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Intan
Mardiana Zulkafli Shah (011-23128477) dan Nur Eiklah Tulha (017-2056616).
Comments
Post a Comment