🎈🎉 PROGRAM JRM BISO BONAR 2023




SEREMBAN 4 NOVEMBER 2023 - JRM Holistik Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat bumiputera yang diasaskan oleh Puan Rozita Ibrahim selaku Pengarah Urusan dan telah ditubuhkan pada 1 November 2011. JRM Holistik memfokuskan kepada formulasi dan kombinasi perawatan secara herba-herba eksklusif dari seluruh pelosok dunia dan menjadikan formulasi herba JRM Holistik sangat istimewa. Lebih menarik apabila setiap produk JRM Holistik ini mendapat sentuhan khas daripada pengasasnya yang dikenali sebagai Ratu Herba Malaysia iaitu Puan Rozita lbrahim sendiri.




JRM Holistik Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan jualan produk antaranya kosmetik, batan tradisional, herba dan makanan kesihatan serta perkhidmatan seperti urutan, spa dan penginapan ini turut mempunyai rakan niaga terdiri daripada stokis dan pengedar di seluruh Malaysia. Antara stokis yang menjalankan perniagaan di bawah jenama JRM Holistik ini ialah Olin Beauty Sdn Bhd (OBSB) yang diterajui oleh Puan Nazatul Azlin bersama barisan pimpinan beliau di Negeri Sembilan




Bukan mudah sebenarnya menjadi stokis di bawah jenama JRM Holistik ini kerana Bonda Rozita Ibrahim sangat mementingkan peribadi dan kesetiaan untuk mereka yang berdamping dengannya. Namun setelah hampir 7 tahun menjadi anak didik Bonda Rozita Ibrahim, Puan Nazatul Azlin yang lebih mesra dikenali sebagai Olin sentiasa mencabar diri dan bertanggungjawab mengemudi legasi jenama gah ini di Negeri Sembilan khususnya apabila beliau berjaya menganjurkan Program JRM Biso Bonar untuk kali ke-tiga di Negeri Sembilan. Dengan kehadiran lebih daripada 1000 orang peserta dari pelbagai daerah di Negeri Sembilan pada program kali ini, ia memberikan petanda bahawa jenama JRM di Negeri Sembilan berjaya melakar kejayaan walaupun ketika ekonomi di negara tidak begitu baik. Itulah hasil kerja keras Puan Olin yang semakin dikenali sebagai antara usahawan wanita yang cemerlang di negeri ini.






Program JRM Biso Bonar yang bertujuan untuk memberikan pelbagai tip dan perkongsian kesihatan dan kecantikan wanita sepanjang usia ini turut diserikan dengan kehadiran isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YABhg. Datin Seri Hajjah Wan Hasni binti Wan Yusof sebagai perasmi m aj|lis. Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua BAKRIYAH Negeri Sembilan memaklumkan dalam ucapan perasmian beliau bahawa wanita secara amnya memainkan peranan penting dalam melaksanakan moto Malaysia Madani serta menjadi penggerak utama dalam pelbagai sektor ekonomi juga professional di Malaysia dan seluruh dunia


Antara tetamu kenamaan yang turut hadir memeriahkan program ini ialah YBhg. Datin Suriani Yahya, Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Sembilan, Yang Berhormat Puan Noorzunita Begum, ADUN Pilah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan Yang Berhormat Tengku Hajah Zamrah, ADUN Ampangan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO serta isteri-isteri Yang Berhormat EXCO Negeri Sembilan. 




Program yang bermula pada seawal 8.00 pagi dan selesai kira-kira pukul 5.00 petang ini berlangsung dengan jayanya dengan pelbagai pengisian menarik seperti Bual Bicara Eksklusif 'Cantik Dan Sihat: Orang Dulu VS Orang Sekarang' oleh Bonda Rozita Ibrahim dan ceramah 'Orang Hebat, Sihat Emosi' oleh penceramah selebriti Ustazah Asni Mansor. Turut diadakan ialah Demostrasi Aplikasi Think Quran dan penerangan digital Think Quran oleh tetamu selebriti, Melissa Saila. Selain itu. pelbagai reruai juga disediakan antaranya, Pemeriksaan Kesihatan Asas Pemeriksaan Kesihatan Mental (DASS), Urutan Rumah Hutan, Cabutan Bertuah Jualan Pecah Gudang pellbagai produk JRM serta banyak lagi pengisian menarik yang disediakan.





Puan Olin dalam ucapan beliau menyatakan tujuan Program JRM Biso Bonar, selain daripada membina jaringan kenalan yang berpengaruh ia juga dapat menjadi medium buat para peminat tegar dan pengguna JRM supaya membeli produk ini melalui ejen dan pengedar sah di seluruh Negeri Sembilan. Beliau turut mempelawa para wanita terutamanya di kawasan pedalaman sekitar Negeri Sembilan untuk menjadi pengedar produk JRM ini seterusnya dapat menjana ekonomi keluarga kecil mereka.





Puan Olin bersama tim Nogori Ohsem dan Olin Beauty Sdn Bhd juga dalam perancangan memperbanyak program berunsur kebajikan dan tanggungjawab sosial korporat agar dapat memberi kembali kepada komuniti terutamanya golongan wanita yang memerlukan. Bagi memulakan usaha itu dan sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestine yang sedang dilanda krisis peperangan sekarang, Olin Beauty Sdn Bhd turut menyumbang sebanyak RM10,000 kepada Tabung Prihatin Palestine Kerajaan Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Puan Olin kepada wakil Kerajaan Negeri Sembilan seusai perasmian Program JRM Biso Bonar. 




Mereka yang berminat untuk menjadi pengedar atau mendapatkan info berkaitan produk boleh melayari laman sesawang www.jrmbisobonar.com.my atau hubungi tim Olin Beauty Sdn Bhd di talian 014-315 5649.

Comments

Popular posts from this blog

💸 (Scammer) Syarikat pelaburan tempatan perniagaan pendedahan Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) melibatkan 100 orang jadi mangsa

Pelancaran dan Majlis Perasmian Presiden Dewan Perniagaan Perindustrian dan Pelaburan Malaysia-Wuxi, China.

🌙 DI GALERI NUR RAUDHAH DENGAN KERJASAMA RUMAH KASIH NURUL HASANAH AMPANG DN ANITA Entertainment & Productions