🥊 GRAND FINAL KUDA MERAH INTERNATIONAL WORLD MUAYTHAI CHAMPIONSHIP 2023 'CLASH OF CHAMPION'



28 PENINJU DARI 6 NEGARA BERENTAP DI GRAND FINAL KUDA
MERAH INTERNATIONAL WORLD MUAYTHAI CHAMPIONSHIP 2023
'CLASH OF CHAMPION'


SIARAN MEDIA:
KUALA LUMPUR, 20 November 2023:

Seramai 28 peninju hebat dari pelbagai negara antaranya Malaysia, Thailand, Indonesia
Afghanistan, Maghribi, Itali dan Iran, bakal berentap pada, Grand Final Kuda Merah
International World Muaythai Championship 2023 'Clash of Champion' di Stadium
Titiwangsa, Kuala Lumpur jam 8.00 malam pada 25 dan 26 November 2023.
Acara berprestij anjuran Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur ini turut menyaksikan
12 tali pinggang kejuaraan menjadi rebutan.


Setiausaha Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur, Muhammad Firdaus Bin Yaacop,
berkata penganjuran kali ke-72 ini mendapat sokongan padu Tourism Malaysia, sekali gus
menjadi sebuah acara hebat mengisi kalendar aktiviti pelancongan tahun 2023
"Kami mensasarkan lebih 5,000 penonton dari dalam dan luar negara bakal memenuhi
stadium pada dua malam perlawanan. Apatah lagi, selepas tertunda akibat Covid-19 selama
dua tahun, pasti peminat seni pertahanan diri muaythai menantikan acara ini.
"Selain dari mempromosi kalendar acara Cuti-Cuti Malaysia 2023, acara kali ini juga bertujuan
untuk menaik taraf kejohanan sukan muaythai tempatan ke peringkat antarabangsa,
katanya






Kejohanan kali ini turut menyaksikan penampilan istimewa, Mat Ropi Kuda Merah PDRM,
peninju asal Kelantan yang juga pemegang rekod lebih 100 kali bertanding dan merupakan
peninju nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Kami berharap Kuda Merah Kuala Lumpur akan
terus mendapat sokongan dan tajaan yang lebih hebat untuk penganjuran kali ke-73 tahun depan, 
 sekaligus meletakkan Kuda Merah International World Muaythai Championship - Clash of Champion'  
sebagai acara tahunan berprestif dan meletakkan Malaysia di peta dunia sukan muaythai antarabangsa,"
 kata Muhammad Firdaus lagi.


28 peninju terdiri daripada 14 regu akan bertarung untuk merebut hadiah berupa 10 tali
pinggang kejuaraan, 2 tali pinggang juara pusingan, 2 piala dan wang tunai.
Pemenang atau juara tali pinggang akan kembali dicabar dalam Clash of Champion pada
November tahun 2024.

Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur

Comments

Popular posts from this blog

💸 (Scammer) Syarikat pelaburan tempatan perniagaan pendedahan Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) melibatkan 100 orang jadi mangsa

Pelancaran dan Majlis Perasmian Presiden Dewan Perniagaan Perindustrian dan Pelaburan Malaysia-Wuxi, China.

🌙 DI GALERI NUR RAUDHAH DENGAN KERJASAMA RUMAH KASIH NURUL HASANAH AMPANG DN ANITA Entertainment & Productions