Ulasan Filem Cerana Biduk Buu Merah


                         



Filem :

Cerana Biduk Bu Merah

 

Pengarah:

Haizul Anafer Ali


 Genre:

Seram

 

Pelakon:

Fasha Shanda, Pekin Ibrahim, Wan Hanafi Su, Sara Daewoo, Badrul Muhayat, Pyan Kepoh


Penerbit:

GOLDHILL PICTURES SDN BHD


Edaran:

GOLDHILL PICTURES SDN BHD

 

Saluran:

Seluruh Pawagam Seluruh Malaysia

 

Tarikh Tayangan:

12 Oktober 2023

 

Sinopsis:

Seorang wanita tua Bu Merah yang dipinggirkan oleh orang kampung tinggal sendirian di sebuah rumah pusaka , menyelamatkan seorang gadis yang cuba dirogol bernama Sofia . Bu Merah biar pun tua , tapi kulitnya tidak berkedut ,malah dia sentiasa kelihatan cantik . Penjaga Cerana Biduk yang berpuaka menjadikan Bu Merah sentiasa cantik dan muda .

Takdir menentukan , Sofia adalah warisnya yang dilarikan oleh anak dan menantunya . Menantu dan anaknya telah melarikan diri kerana bimbang dibunuh oleh penunggu cerana Biduk . Saka Cerana Biduk tinggalan suami menyebabkan Bu Merah hidup terseksa. Kehadiran Sofia menyedarkan Bu Merah . Cerana Biduk perlu dibunuh demi menyelamatkan warisnya Sofia dari mewarisi Cerana Biduk yang mencari penyambungnya .

Berjaya kah Bu Merah membuang saka dan semangat Cerana Biduk saksikan Filem Cerana Biduk Bu Merah dipawagan anda .


Ulasan :


Filem Cerana Biduk Bu Merah merupakan sebuah filem genre seram yang diterbitkan oleh Goldhill Pictures Sdn Bhd .

Penerbit Goldhill Pictures Sdn Bhd , En Haizul Anafer Ali berpendapat , filem Cerana Biduk Bu Merah ini wajib menjadi tontonan umum kerana banyak mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan. Segelintir masyarakat mulai alpa dengan duniawi, rakus ingin mencapai kejayaan , ghairah dengan keseronokan dan keindahan dunia yang sementara sehingga terlupa beban syurga dan neraka yang menanti .


Goldhill Pictures Sdn Bhd selepas ini akan terus menghasilkan filem-filem bermutu tinggi yang terdiri daripada pelbagai genre pada tahun ini. Kerjasama dan sokongan semua untuk menonton filem ini amatlah dialu-alukan bagi memastikan semua misi dan visi ini mencapai matlamat yang diharapkan. Filem Cerana Biduk Bu Merah bakal ditayangkan pada 12 Oktober 2023 dipawagam seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura . Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton Filem ini . 

12 Oktober 2023


Rating 8.5/10 


Trailer Filem Cerana Biduk Buu Merah di You Tube

Comments

Popular posts from this blog

💸 (Scammer) Syarikat pelaburan tempatan perniagaan pendedahan Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) melibatkan 100 orang jadi mangsa

Pelancaran dan Majlis Perasmian Presiden Dewan Perniagaan Perindustrian dan Pelaburan Malaysia-Wuxi, China.

🌙 DI GALERI NUR RAUDHAH DENGAN KERJASAMA RUMAH KASIH NURUL HASANAH AMPANG DN ANITA Entertainment & Productions