Konsert Zikir Terbesar Pertama kali diadakan di Zepp KL

Kuala Lumpur 10 Ogos 2023 , Pelancaran telah diadakan di Menara KL , Buat pertama kalinya, sebuah acara zikir berskala besar akan diadakan di pentas berprestij Zepp Kuala Lumpur pada 16 September 2023.

Konsert Mega Zikir Terapi yang berkonsepkan spiritual dan entertainment ini dianjurkan oleh Niyat dan mendapat sokongan Geran Dana Kandungan Digital oleh My Creative Venture dan Kementerian Komunikasi Digital, KKD dan mendapat penaja utama iaitu Cinta Gaza Malaysia serta beberapa rakan strategik dalam memastikan ianya berjalan lancar.


Menurut pengarah konsert, Dr. Fitri Haris, objektif utamanya adalah untuk memperkenalkan bahawa muzik itu luas dan jika di dalam muzik itu di bawakan mesej-mesej yang baik dan murni, beliau yakin muzik itu akan menjadi lebih bermakna terutama kepada kita amnya dan anak-anak pewaris bangsa khasnya.


Konsert ini juga akan mendapat sentuhan Pengarah susunan Seni suara iaitu Hafiz Hamidun yang sangat sinonim dengan zikir terapi serta pernah memenangi Susunan Vokal terbaik di dalam lagu di dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia


Sehubungan itu, konsert ini juga akan diiringi oleh persembahan muzik live band dari kumpulan chaan dan leman band yang menggabung elemen-elemen tradisional, moden dan fusion. Walaupun zikir kebiasaannya di anggap suatu bahan amalan yang berat untuk di pentaskan, penonton di sarankan untuk hadir bagi merasai dan menjadi saksi bahawa penggabungan bunyi dan mesej jika di bawa dengan unik dan indah, ianya akan memberi pengalaman yang luar biasa buat para penonton.

Antara artis-artis tanah air yang akan menjayakan konsert ini termasuk Lan solo, Zehra Zambri, Aniq Muhai, Dr. Fitri Haris, Hafiz Hamidun, Fedtri Yahya, Ustaz Tarmizi, Ustazah Sofiza, kumpulan Rabithah dan ramai lagi.


Antara Alunan Zikir yang akan ada pada Konsert tersebut dan banyak lagi 


Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Konsert Mega Zikir Terapi. Jualan tiket bermula 

Pada 10 Ogos 2023 dan boleh didapatkan menerusi 

Laman Web : http://t2u.asia/e/32067.


Comments

Popular posts from this blog

💸 (Scammer) Syarikat pelaburan tempatan perniagaan pendedahan Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) melibatkan 100 orang jadi mangsa

Pelancaran dan Majlis Perasmian Presiden Dewan Perniagaan Perindustrian dan Pelaburan Malaysia-Wuxi, China.

🌙 DI GALERI NUR RAUDHAH DENGAN KERJASAMA RUMAH KASIH NURUL HASANAH AMPANG DN ANITA Entertainment & Productions