Ampang 6 April 2023 Jom kita rebut Peluang di bulan Ramadhan ini dengan menziarahi ke tempat yang mulia barangan peninggalan peribadi rasulallah di Galeri Raudhah , Rumah Kasih Nurul Hasanah Melangkah masuk ke Galeri Nur Raudhah, aroma wangian suasana sekeliling tidak ubah seperti memasuki Raudhah di Masjid Nabawi mengembalikan nostalgia bagi mereka yang pernah berada di kota suci Medinah.
Dibahagikan kepada dua bahagian yang dipisahkan oleh dinding melalui lorong dipamerkan artifak barangan peribadi Rasulllulah antaranya seperti Serban, Cebisan Rambut dan Janggut Baginda, Helaian rambut isteri kesayangan Baginda, Khadijah & Fatimah serta Tongkat, Cemeti, mahu pun darah bekam yang dipelihara serta banyak lagi termasuk Kain Kiswah dalam Kaabah mahu pun Kain Penutup Maqam Rasulullulah.
โSetekat ini GNR yang kecil ini mampu memuatkan lawatan kira-kira 40 orang dalam satu-satu masa memandangkan ruang tersedia sempit bagi menampung jumlah yang lebih besar,โ jelas Ustaz Zawawi sambil memberitahu kos penyelenggaraan dibiayai sendiri daripada hasil jualan yang diperoleh bagi menampung keperluan anak-anak yatim yang tinggal bersama di Rumah Kasih Nurul Hasanah.
Sekiranya ada sesiapa yang berhasrat menyumbang ke arah pembangunan Kompleks Galeri Nur Raudhah samada sumbangan secara harta mahu pun kewangan boleh menyalurkannya melalui Akaun
Galeri Nur Raudhah di MBSB Bank bernombor
1005 0441 0000 0615
Pengenalan Ringkas Galeri
Galeri Nur Raudhah di wujudkan untuk mengajak UMMAT Islam mendekatkan diri dengan Allah dan MENAMBAHKAN kasih cinta rindu kepada Baginda Nabi SAW . Alhamdulillah , Galeri Nur Raudhah telah dibuka bagi semua ummat Baginda Nabi SAW agar dapat melihat dari jarak dekat barangan peninggalan baginda Nabi SAW .
Galeri Nur Raudhah ingin mewujudnya sebuah kompleks pendidikan dan tamadun sejarah di malaysia khasnya , bagi tujuan untuk menjadi sebuah pusat pendidikan dan pengajian Al Quran . Fardhu Ain serta bidang pendidikan pembelajaran yang lain bagi mendaulatkan dan mengembangkan syiar yang menjadi keagungan kepada agama , bangsa dan negara tercinta .
Untuk sebarang maklumat boleh berhubung terus di talian
Ustaz Zawawi
019 3349955 atau 019 334 9933
Raโbaah Aziz
019 334 9933
Pejabat Galeri Nur Raudhah
+603 4253 3500
Info mengenai Galeri Nur Raudhah boleh juga diperoleh daripada laman sesawang
www.galarinurraudah.org
atau melalui emel ke
nurraudhahgaleri@gmail.com
Alamat Tempat
DEWAN NO.0.1 JLN PIMPING KANAN ,
UKAY HEIGHT 68000 AMPANG , SELANGOR .
DIBUKA SETIAP JUMAAT - SABTU - AHAD & CUTI UMUM
JAM : 10 AM - 10 PM
Comments
Post a Comment