FILEM PAGARI BULAN - OFFICIAL TRAILER FILEM PAGARI BULAN
Bukit Jalil 22 September 2023 MIG sebagai Rakan Promosi bersama Eleven Field Creative Sdn Bhd Penerbit kembali dengan Filem Pagari Bulan yang akan ditayangkan secara rasmi pada 5 Oktober 2023 merupakan filem arahan Ts Raja Mukhriz.
Eleven Field Creative Sdn Bhd kembali dengan Filem Pagari
Bulan yang akan ditayangkan secara rasmi pada 5 Oktober 2023 merupakan filem
arahan Ts Raja Mukhriz. Seorang pengarah tempatan yang tidak asing lagi namanya
dalam industri tanah air Malaysia. Official Trailer Filem Pagari Bulan ini akan disiarkan secara rasmi
pada 12 September 2023 di semua platform sosial media Eleven Field Creative
& Metrowealth.
Filem Pagari Bulan dibintangi oleh barisan pelakon yang
hebat iaitu Nazeera Sardi, Aniq Durar dan Trisha Ooi sebagai teraju utama dan
dibantu pelakon lain seperti Andy Teh, Alvin Wong dan Michael Ang.
Filem Pagari Bulan mengisahkan tentang Bulan yang merupakan
anak sulung kepada pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu Ilsmail dan
isterinya Hasnah yang berhadapan dengan kedatangan pihak Jepun ke Kelantan.
Penduduk kampung berdekatan dan kampung lain terpaksa mempertahankan kampung
mereka dalam apa cara sekalipun Maka ramai yang didera dan dibunuh, dan anak
gadis dijadikan sasaran ditahan dan dikurung menjadikan mereka Comfort Woman.
Bulan bersama-sama adiknya Kasih dan sahabatnya Sui Li juga ditangkap.
Dikurung, dipaksa mengikuti segala kemahuan askar Jepun demi memuaskan nafsu.
Kejahatan Jepun yang kejam terhadap wanita membuatkan Bulan mempertaruhkan
nyawanya demi menyelamatkan bangsa dan tanah airnya.
Video Belakang Tabir Filem Pagari Bulan
Lagu OST Filem Pagari Bulan
"Official Trailer" Filem Pagari Bulan di You Tube
Comments
Post a Comment