🎬DRAMA PERANG BERSEJARAH "PELURU SENJA (THE GHOST &GUN)" 📽️ SENTUHAN KREATIF PELBAGAI PRODUKSI PELBAGAI NEGARASEMPENA HARI KEBANGSAAN


📰 KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Filem drama perang bersejarah PELURU SENJA (The Ghost & the Gun) yang berlatarbelakangkan Tanah Melayu pada tahun 1948 bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 Ogos 2026, bersempena sambutan hujung minggu Hari Kebangsaan Malaysia.

Filem ini diterbitkan oleh Ghost and Gun Limited dengan kerjasama FilmsPositive, LDNO Productions, Limbo Pictures dan Viking Sunset Studios, serta diarahkan oleh pengarah kelahiran India yang berpusat di Singapura, Anshul Tiwari. Peluru Senja adalah hasil kolaborasi penerbitan antarabangsa yang menggabungkan tenaga kreatif dan kru produksi dari Malaysia, Indonesia, Singapura, India, Bangladesh, dan United Kingdom.


Berlatar suasana tegang selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, filem ini menceritakan tentang seorang tentera Melayu dan seorang askar British yang tertinggal setelah pengunduran tentera British dari Tanah Melayu. Mereka perlu mengetepikan perbezaan dan trauma perang yang menghantui, lalu bekerjasama mempertahankan sebuah kampung daripada ancaman pemberontak bersenjata. Kisah ini menonjolkan keberanian, pengorbanan, dan semangat kemanusiaan yang mengharukan.


Barisan pelakon diterajui oleh pelakon Malaysia yang memenangi pelbagai anugerah, Fabian Loo (Rain Town, One Cent Thief) dan Hazman Al-Idrus, bersama pelakon terkenal In- donesia Asmara Abigail (Stone Turtle, Impetigore) serta pelakon Amerika Syarikat Brett Tutor (Monsters of Man).


Filem ini akan diedarkan di Malaysia dan Brunei oleh MSK Cinemas Sdn Bhd, antara syari- kat pengedaran filem bebas yang berpengalaman di Malaysia, yang turut dilantik sebagai Pengedar Rasmi Pawagam Malaysia & Brunei bagi Peluru Senja.



Puan Saratah Sivalingam, Pengarah MSK Cinemas Sdn Bhd, berkata, “Kami sangat berbesar hati diberi kepercayaan sebagai Pengedar Rasmi Pawagam Malaysia dan Brunei untuk filem *Peluru Senja*. Yang paling menarik perhatian kami ialah jalan ceritanya yang mantap, latar Malaysia yang autentik, serta nilai emosi yang mendalam, digabungkan dengan kualiti produksi bertaraf antarabangsa yang benar-benar layak dinikmati di layar perak. Kami komited memastikan pelancaran filem ini di pawagam berjalan lancar melalui kempen pemasaran menyeluruh, kerjasama strategik, dan pelbagai inisiatif promosi kreatif untuk membawa filem ini kepada penonton di seluruh Malaysia dan Brunei.”


Bagi menyokong tayangan di pawagam seluruh negara, MSK Cinemas akan melaksanakan kempen pemasaran dan publisiti secara menyeluruh melibatkan televisyen, media cetak, media digital, media sosial, kerjasama bersama pencipta kandungan (influencer), rakan strategik, promosi pawagam serta penganjuran Gala Premiere sebelum tayangan rasmi filem ini


PELURU SENJA (The Ghost & the Gun) bakal menemui penonton secara eksklusif di pawagam seluruh negara bermula 28 Ogos 2026.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT. SILA HUBUNGI:


MSK Cinemas Sdn Bhd Pengedar Rasmi Pawagam Malaysia & Brunei E-mel: sales@mskfilm.com.my Telefon: +603-7971 1507

Comments

Popular posts from this blog

📰 Seketeriat Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide Menyatukan Tiga Platform Utama: DPPUM, Halo Je & UMKM NU Malaysia–Indonesia Demi Gelombang Ekonomi Serantau

🕋HUITM - INTERNATIONAL UMRAH AND TOURISM EXHIBITION 2026 MENJALINKAN KERJASAMA PELANCONGAN ISLAM PERINGKAT GLOBAL DI ASIA TENGAH, TIMUR TENGAH & ASIA TENGGARA

🎯 KEJAYAAN LUAR BIASA PASUKAN 🏹 PEMANAH LELAKI & 🏹 PEREMPUAN JPPM NEGERI SELANGOR