🥊 GRAND FINAL KUDA MERAH INTERNATIONAL WORLD MUAYTHAI CHAMPIONSHIP 2023 'CLASH OF CHAMPION'
28 PENINJU DARI 6 NEGARA BERENTAP DI GRAND FINAL KUDA MERAH INTERNATIONAL WORLD MUAYTHAI CHAMPIONSHIP 2023 'CLASH OF CHAMPION' SIARAN MEDIA: KUALA LUMPUR, 20 November 2023: Seramai 28 peninju hebat dari pelbagai negara antaranya Malaysia, Thailand, Indonesia Afghanistan, Maghribi, Itali dan Iran, bakal berentap pada, Grand Final Kuda Merah International World Muaythai Championship 2023 'Clash of Champion' di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur jam 8.00 malam pada 25 dan 26 November 2023. Acara berprestij anjuran Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur ini turut menyaksikan 12 tali pinggang kejuaraan menjadi rebutan. Setiausaha Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur, Muhammad Firdaus Bin Yaacop, berkata penganjuran kali ke-72 ini mendapat sokongan padu Tourism Malaysia, sekali gus menjadi sebuah acara hebat mengisi kalendar aktiviti pelancongan tahun 2023 "Kami mensasarkan lebih 5,000 penonton dari dalam dan luar negara bakal memenuhi stadium pada dua malam perlawanan. ...