Posts

Showing posts from November, 2025

πŸ›’MYDIN PERKASA PRODUK TEMPATAN MELALUI KEMPEN “LOKAL LAGI

Image
πŸ“ SELANGOR πŸ—“️ 20 N0VEMBER 2025:                                            πŸ“°Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) meneruskan komitmen memartabatkan produk buatan Malaysia dengan melancarkan kempen ‘Lokal Lagi Gempak’ bersempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 melalui kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Majlis Perasmian Mydin kempen ‘Lokal Lagi Gempak’ bersempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025.  Kempen ini menampilkan pelbagai promosi dan aktiviti menarik bagi menggalakkan pengguna membeli barangan tempatan selain memperkukuh kedudukan usahawan tempatan di pasaran runcit. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Senator Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh di MYDIN Subang Jaya. Kerajaan memperuntukkan RM 20 juta bagi menyokong promosi beli barangan Malays...

πŸŽ‰ Majlis Jaringan Perniagaan & Pertukaran Syarikat πŸŽ–️ Anugerah Pengaruh ASEAN 2025 - JW Marriott Putrajaya

Image
πŸ“ Marriott Hotel PUTRAJAYA πŸ—“️8 November 2025  πŸ“° Majlis “ASEAN Influential Award Business Networking 2025” yang dianjurkan oleh International Strategic Institute (ISI) telah berlangsung dengan jayanya di Marriott Hotel Putrajaya hari ini. Acara berprestij ini berjaya menarik penyertaan lebih daripada 100 usahawan, wakil persatuan perniagaan, dan pemimpin industri dari pelbagai negara ASEAN serta pasaran antarabangsa. Dengan tema “Menghubungkan Sumber, Menggalakkan Kerjasama, dan Meningkatkan Pertumbuhan,” majlis ini memberi tumpuan kepada kerjasama ekonomi serantau, integrasi industri, dan pemadanan perniagaan rentas sempadan, sekali gus mewujudkan platform berkesan untuk syarikat memperluaskan pasaran mereka di peringkat antarabangsa. Majlis ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat dan tokoh industri terkenal, antaranya: Tuan Edison Choong Wan Sern Timbalan Pengarah / Timbalan Ketua Kelestarian MATRADE Unit Penerbitan Perdagangan, Bahagian Perancangan Strategik, MATRADE (Tetamu K...

🏑 PUSAT SEHENTI MM2H DI TRX PERKUKUH DAYA TARIKAN MALAYSIA KEPADA EKSPATRIAT, DITERAJUI STF REVENUE

Image
KUALA LUMPUR, 11 November 2025 – Program Malaysia My Second Home (MM2H) melangkah ke era baharu dengan pelancaran pusat sehenti pertama yang diurus sepenuhnya oleh sektor swasta di The Exchange 106, Tun Razak Exchange (TRX). Langkah yang diterajui STF Revenue (MM2H) Sdn Bhd itu mencerminkan keyakinan berterusan terhadap prospek ekonomi dan daya saing Malaysia di peringkat global. Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato’ Shaharuddin Abu Sohot, yang menegaskan bahawa program penempatan jangka panjang seperti MM2H memainkan peranan penting dalam merancakkan ekonomi negara. “Usaha menarik warga asing berkualiti untuk menetap di Malaysia bukan sahaja mengukuhkan sektor pelancongan, malah membawa limpahan ekonomi yang meluas. Di bawah seliaan MOTAC, program MM2H terus memainkan peranan penting dalam menarik kedatangan ekspatriat dan pelabur asing yang ingin membina kehidupan serta peluang di Malaysia,” ujar beliau. ...

πŸ’ “RONA CINTA for CINTA by THE LAKE”. PAKEJ πŸ’ PERKAHWINAN SERBA LENGKAP UNTUK 🀡🏻‍♂️πŸ‘°πŸ»‍♀️ PASANGAN PENGANTIN MODEN

Image
  πŸ—“️  9 November 2025 πŸ“ Puchong, Selangor πŸ“° Suatu destinasi eksklusif yang direka khas untuk meraikan detik-detik paling bermakna dalam perjalanan hidup pasangan pengantin kini tampil dengan pakej perkahwinan yang istimewa dan memukau dalam industry perkahwinan. "Cinta by The Lake", Puchong, dengan sokongan padu daripada Merindu Savior Events & Management sebagai pengurus majlis dan Lilit Pipit sebagai dekorator, bersama beberapa vendor terkemuka, telah bersatu tenaga melancarkan pakej penuh eksklusif bertajuk “Rona Cinta for Cinta by The Lake” di lokasi indah Cinta by The Lake, Puchong.  πŸ“°  Kolaborasi unggul ini menggabungkan kepakaran pengurusan ruang, pengelolaan acara, serta seni dekorasi bagi mencipta pengalaman perkahwinan yang penuh magis dan bermakna. Pakej “Rona Cinta for Cinta by The Lake” diasaskan dengan matlamat utama untuk mempersembahkan satu pakej perkahwinan impian yang lengkap dan sehalus mungkin, merangkumi perkhidmatan serta produk...

🎯 KEJAYAAN LUAR BIASA PASUKAN 🏹 PEMANAH LELAKI & 🏹 PEREMPUAN JPPM NEGERI SELANGOR

Image
Coach bersama Pengarah dan pasukan Memanah JPPM Negeri Selangor πŸ“Bangi, πŸ—“️1 November 2025  πŸ“°Pasukan memanah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Selangor telah mencipta kejayaan luar biasa dalam Kejohanan Memanah Tradisional Piala Pendaftar Pertubuhan Malaysia 2025 yang berlangsung di Padang Kesatria, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. Tahniah Pasukan JPPM Negeri Selangor. Bergambar bersama Ketua Pengarah JPPM Malaysia πŸŽ€ Majlis kejohanan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), dan disertai oleh pasukan-pasukan hebat dari pelbagai negeri seluruh Malaysia. 🏹  Persediaan dan Latihan Intensif Sebelum kejohanan berlangsung, pasukan JPPM Selangor telah menjalani latihan intensif selama dua hari di Studio Exsa Archery Space, U8 Shah Alam, dengan bimbingan jurulatih berpengalaman daripada Kelab Rekreasi Memanah Shah Alam dan Seventeen Archery Club. Coach Ariff yang memb...

🎳 DEWAN PERNIAGAAN PERMUAFAKATAN USAHASAMA MALAYSIA (DPPUM) MEMBERI SOKONGAN PENUH KELAB BOWLS PJ DALAM SUKAN BOLING PADANG

Image
πŸ“Kuala Lumpur πŸ“°29 Oktober 2025  Dewan Perniagaan Permuafakatan Usahasama Malaysia (DPPUM) terus menunjukkan komitmen tinggi dalam menyokong aktiviti sukan komuniti apabila turut serta bersama Kelab Bowls PJ (BPJ) dalam penganjuran acara unik Sarong Open Fours 2025 di Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Program santai bertemakan “Rentak Kampung” ini dianjurkan oleh Kelab Bowls PJ dengan sokongan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan DPPUM, berjaya menggabungkan nilai tradisi tempatan dengan semangat kesukanan moden, menjadikan sukan boling padang tampil lebih segar dan mesra masyarakat. TIMBALAN PRESIDEN DPPUM TURUT BERAKSI DAN MENJUARAI SARONG 2025 Turut hadir dan mengambil bahagian ialah Timbalan Presiden DPPUM, Tuan Ariff Fadli, yang bukan sahaja memberi sokongan padu, malah menyertai pertandingan sebagai pemain dan akhirnya muncul sebagai juara bersama pasukannya, Team C, dengan kemenangan meyakinkan 17 – 4. Pasukan Juara Sarong 2025: Lead: Tuan Rahman Second: Tuan F...