📰 Seketeriat Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide Menyatukan Tiga Platform Utama: DPPUM, Halo Je & UMKM NU Malaysia–Indonesia Demi Gelombang Ekonomi Serantau
📍Kuala Lumpur 🗓️17 Oktober 2025 Seketeriat Kesatuan Ekonomi ASEAN Worldwide di bawah pimpinan Tuan Ariff Fadli bin Abd Wahab, yang juga Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Permuafakatan Usahasama Malaysia (DPPUM) dan Pengarah Pembangunan Ekonomi Halo Je (P-Hailing), terus memperkukuh langkah strategik dalam memperkasa ekonomi serantau melalui penyatuan tiga entiti utama – Seketeriat ASEAN Worldwide, DPPUM, dan Halo Je (P-Hailing). Gabungan Ekonomi ASEAN: Titik Permulaan Baharu Kerjasama tiga entiti berpengaruh ini membuka lembaran baharu bagi memperkukuh ekonomi rantau melalui penyelarasan sumber, kepakaran dan jaringan niaga antara kerajaan, sektor swasta dan NGO. Gabungan ini turut disokong oleh pelbagai organisasi tempatan yang mempunyai misi bersama dalam memperkukuh ekonomi ummah dan komuniti ASEAN. “Kita mahu satukan kekuatan ekonomi tempatan dan serantau. Seketeriat ASEAN Worldwide, DPPUM dan Halo Je akan menjadi pelantar penyatuan antara kerajaan, koperasi, NGO dan syarik...