📿Persembahan Malam Mega Selawat menghimpun tokoh agama & artis tanahair di MITEC

Program Malam Mega Selawat sempena Hari Peneroka Felda 2025 serta antara acara kemuncak dalam rangka Karnival 3 Dimensi FELDA 2025 yang berlangsung sepanjang minggu. Program ini diadakan bersempena sambutan Hari Peneroka FELDA 2025, sebagai pengisian spiritual yang mendalam serta memperkukuhkan perpaduan Ummah melalui kecintaan kepada Rasulullah SAW. Program ini juga turut dihadiri Yang Amat Berhormat TPM iaitu Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Haji Hamidi dan beberapa artis dan pempengaruh tanah air seperti UstazLah, Dato’ Nash, Khai Bahar, Ezad Lazim, InTeam, Lan Ahmad, Amer Binyusoff, Pot Amir dan Azan Addin. Malam tadi juga, ruangan dewan dipenuhi dengan Warga FELDA dari seluruh Malaysia. Dewan Ballroom MITEC, Kuala Lumpur menjadi saksi kepada ribuan jiwa yang bersatu demi cinta kepada Rasulullah SAW apabila program Malam Mega Selawat berlangsung pada Khamis malam Jumaat yang penuh barakah ini. Majlis ini adalah tekad FELDA untuk terus menjadi peneraju dalam agenda p...