Posts

Showing posts from February, 2025

🏔️ Kejayaan Puan Seri Nisa Bakri dan rakan-rakan VVIP Hikers mendaki Gunung Kinabalu memberi inspirasi setiap impian boleh direalisasikan

Image
Pasukan VVIP Hikers (very very inspiring people) telah melakukan misi mendaki hingga ke puncak Gunung Kinabalu menjadi mimpi ramai rakyat Malaysia .Ramai yang memasang azam untuk mendaki Gunung Kinabalu namun tidak ramai yang mampu merealisasikan impian mereka  tersebut. Individu yang berjaya mendaki hingga tiba di puncak Gunung Kinabalu memang dikira insan yang cukup bertuah.Dengan pelbagai rintangan dan halangan yang mampu menghalang impian tiba di puncak,hanya yang mampu bertahan hingga ke akhir pendakian sahaja yang  akan berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu ini. Pasukan VVIP Hikers (very very inspiring people) yang terdiri daripada 15 pegawai atasan Polis Diraja Malaysia  termasuk Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi , pegawai polis dari  IPD Ampang ,Puan Seri Nisa Bakri( isteri mantan Timbalan Ketua Polis  Negara TS Mohd Bakri Mohd Zinin) dan anak beliau Norjunita , serta 2 doktor  , Dr Akashah (KPJ) dan Dr Kaamani( SDMC) telah berja...

🛵 HALO DELIVERY MENYOKONG PENUH USAHA MENTERI (KESUMA)MEMBAWA USUL RUU PEKERJA GIG 2025

Image
Gelombang merah Halo Delivery datang  menyemarakkan & memberikan semangat  semasa sesi Town Hall bersama YB Menteri Sumber Manusia Steven Sim di Mitec telah dihadiri kira kira 1,000 pekerja gig berbagai platform seperti Food Panda, Grab, Shoppe & lain lain. Halo Delivery telah diasaskan pada Julai 2018  terdapat 300 kawasan servis di Malaysia. Halo adalah berkonsep servis kos rendah & terdapat lebih 13,000 agen penghantaran seluruh Malaysia. Halo menyokong & memberikan perkhidmatan pada bisnes & usahawan yang berminat mengembangkan perniagaan & produktiviti. Pengasas & tuan empunya Halo Delivery Tuan  Jalluddin Abu Hassan   telah sudi hadir ke Town Hall ini  memberikan sokongan pada pihak kerajaan berkaitan undang undang yang memberikan konsep menang menang pada syarikat e hailing & pekerja. Ini adalah satu perkara penting untuk kelangsungan industri e-hailing di Malaysia. Syarikat Halo Delivery akan sentiasa peka pada p...

🧕🏼 LKPIM PERKUKUH USAHA TINGKATKAN TARAF HIDUP WANITA MELALUI PENGHAYATAN ISLAM

Image
 🗓️ 1 6 Feb 2025  📍 Bangunan Tunku Puan Besar Kurshiah, Jalan Pantai Baharu, KL 👸🏻 Yang Teramat Mulia Dato Seri Di Raja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, DKH., DKYR., SHMS., SSDK., PSM., PAT., JP. Hon.PhD.(UUM), Hon.PhD. (KUIN), Hon.PhD. (UPNM) telah sudi hadir ke mesyuarat & perjumpaan bersama Lembaga Kebajikan Perempuan lslam Malaysia (LKPIM) komited perkukuh usaha meningkatkan tarafhidup wanita melalui penghayatan Islam, selaras tujuan penubuhannya 64 tahun yang lalu. Sempena perjumpaan semula bersama ahli LKPIM selepas 15 tahun, Tunku Temenggong Kedah menitahkan agar LKPIM terus bergerak  menurut landasan yang ditetapkan dalam perlembagaan.  Gerakan massa kepimpinan ini seluruh negara yang terdiri dari 15 perhubungan negeri, 70 daerah dan 103 cawangan. Antara 15  kepimpinan LKPIM di peringkat perhubungan negeri ialah Perlis, Kedah,  Pulau Pinang, Perak, Selangor WP Kuala Lumpur. WP Putrajaya WP...

🍽️ Pembukaan Restoran Primadona dulunya Restoran Puteri di Taman Tun Dr. Ismail menyaji hidangan istimewa citarasa tempatan

Image
   📍  https://maps.app.goo.gl/sK5kuAfE7N9J1Ftb8 🍽️ Majlis Prebiu Bufet Ramadhan 2025 sempena penjenamaan semula Restoran Puteri Penchala kepada Restoran Primadona menyajikan menu & suasana berbeza kepada para pengunjung. Restoran Primadona menyediakan majlis berbuka puasa & persembahan tradisional pada sepanjang Ramadhan ini. Pelbagai kemudahan meletakkan kenderaan, ruang solat luas & pelbagai menu tradisional ala kampung di sajikan. Dato Habsah Hassan sebagai pemilik Restoran Primadona ini turut mengundang artis veteran seperti Dato Fauziah Nawi, Norliah Ghani & kehadiran istimewa Rusdi Ramli dalam acara pembukaan ini. Pemilihan artis adalah sesuai dgn konsep restoran mengangkat primadona negara memeriahkan majlis  Suasana ruang legar Restoran Primadona untuk buffet Ramadhan - Hidangan minuman istimewa 7 rasa berbeza  Sekitar menu bakal disediakan sempena buffet bulan Ramadhan 2025 - Pelbagai ala kampung tradisional  Hidangan Istimewa Nas...

✨ RUANG RAMA CAWANGAN PETALING JAYA MEMBUKA HIDANGAN BUFET IFTAR PERTAMA KALI TAHUN 2025 - Jamuan Iftar Bersama Kumpulan Nasyid Ikonik Rabbani & Rakan rakan Nasyid

Image
📰13 F EBRUARI 2025 📍PETALING JAYA – Ruang Rama, Petaling Jaya Sempena bulan Ramadhan pembukaannya, Ruang Rama PJ telah menganjurkan Bufet Iftar pada 12 Februari 2025 , mengundang para tetamu untuk menikmati juadah berbuka puasa sambil mengeratkan Persembahan lagu popular Rabbani sempena Ramadhan dalam suasana yang penuh bermakna.     Bufet Iftar ini menyajikan pelbagai hidangan tradisional serantau yang kaya dengan rasa autentik, membawa pengalaman kulinari yang mencerminkan budaya. Menghidupkan lagi pengalaman berbuka, kumpulan nasyid tersohor, Rabbani , mengalunkan melodi penuh harmoni. Kumpulan Nasyid ini akan membuat persembahan sepanjang bulan Ramadhan ini di Ruang Rama. Azadan bin Abd Aziz, pengurus dan anggota Rabbani , menyatakan, “Ini adalah peluang bermakna buat kami untuk menyumbang kepada komuniti dengan meraikan bulan Ramadan melalui muzik dan kebersamaan. Kami tidak sabar untuk menghiburkan para tetamu dan sangat teruja memulakan perjalanan baru ini bersama ...

🥋 STRIKE: SILAT CULT MASTER ‘Gabungan Seni Mempertahankan Diri Silat & Fiksyen Moden

Image
Filem-filem yang mengangkat seni mempertahankan diri silat sudah selalu dihasilkan lantaran ia di minta oleh penonton yang menggemari genre aksi. Syarikat produksi Katana Film turut tampil dengan dengan sebuah naskhah yang diberi judul Strike: Silat Cult Master. Penerbitnya, Mallory Lee berkata, kelainan yang ditampilkan dalam filem berkenaan apabila ia menggabungkan aksi silat dengan kisah fiksyen moden. “Idea untuk menghasilkan filem ini tercetus daripada inspirasi permainan video arked pertempuran yang cukup popular sekitar era 90-an. “Jalan ceritanya pula cukup ringkas dan saya lebih fokus kepada babak-babak aksi pertarungan kerana saya yakin ia mampu menarik minat penonton filem aksi,” ujarnya yang juga bertindak sebagai pengarah. Strike: Silat Cult Master berkisar tentang dunia pertarungan bawah tanah (underground), di sebalik kisah seorang lelaki mencari pembunuh ibunya dan bergabung dengan beberapa individu lain untuk menentang sebuah kumpulan yang kejam. Pengarah cuba gabungan...

📰 PROGRAM MELAHIRKAN 50 USAHAWAN TERAWAL MELIBATKAN USTAZ ZAWAWI DALAM PRODUK KING GAMAT WALIT PLUS BERSAMA KEHADIRAN PENGASAS LIVIYOUNG & SELEBRITI ND LALA

Image
  GAMAT, SARANG BURUNG WALIT & SAFFRON memiliki reputasi dalam tradisional perubatan sebagai nutrien yang baik. Gamat dikatakan dapat membantu penyembuhan kulit & merangsang pertumbuhan sel. Manakala Sarang Burung Walit mengandungi pelbagai nutrien seperti protein, kalsium & kolagen yang baik untuk kesihatan kulit & sendi. Saffron mengandungi pelbagai sebatian tumbuhan yang bertindak sebagai Antioksidan. Namun, penting untuk diingat bahawa manfaat ini mungkin berbeza bagi setiap individu  Program melahirkan 50 usahawan terawal LiviYoung telah diadakan di Bangi, Selangor. Ustaz Zawawi bersama dengan selebriti & juga jurucakap bagi LiviYoung bersama dengan tetamu yang hadir telah meluangkan masa lebih kurang 3 jam perkongsian ilmu & maklumat LiviYoung. Program permulaan ini berjaya mengumpul 20 perserta dalam waktu yang singkat dihebahkan.  Tuan Zulhadi sebagai Pengasas Produk LiviYoung telah berkongsi keberkesanan & proses penghasilan produ...