Posts

Showing posts from January, 2025

📰 MANGSA-MANGSA PENIPUAN SKIM PELABURAN MATA WANG FOREX BERHIMPUN DI LEMBAGA KEWANGAN LABUAN (LABUAN FSA) KL SENTRAL DENGAN KERUGIAN JUTAAN RINGGIT

Image
Pihak MHO telah menganjurkan perhimpunan di pejabat Lembaga Kewangan Labuan (Labuan FSA) setelah menerima 388 aduan daripada pengadu-pengadu dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei berkenaan permasalahan yang dihadapi setelah menyertai satu skim pelaburan perdagangan mata wang forex yang ditawarkan oleh sebuah syarikat. Anggaran kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para pengadu ini mencecah sehingga RM104,753,810.37. Skim pelaburan yang dianjurkan oleh syarikat tersebut adalah berkenaan dengan satu skim berasaskan pelaburan mata wang forex. Konsep dan modus operandi ini melibatkan sebuah syarikat yang mana telah dilantik sebagai broker pelaburan yang bertapak di Malaysia. Broker tersebut merupakan pihak yang menguruskan transaksi kewangan antara pelabur dan syarikat. Pelaburan tersebut, telah diuruskan oleh seorang warganegara Rusia yang dikatakan kononnya mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam jual beli mata wang Forex dan aktif dalam mempromosikan serta mengadakan ...

🚑 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL LANCAR MEDIK ASAS: MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN KESIHATAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Image
Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, “Kami menawarkan rider baru ini untuk menangani kebimbangan mengenai kos perubatan yang semakin meningkat dan memastikan lebih banyak keluarga mempunyai akses kepada pelan Takaful yang mampu milik.  📍Kuala Lumpur,  🗓️  7 Januari 2025 –   Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”) telah memperkenalkan rider perubatan baru iaitu “Medik Asas”. Rider perubatan ini direka untuk menjadikan perlindungan kesihatan asas boleh diakses, mampu milik dan mampan untuk semua rakyat Malaysia. Salah satu usaha pihak (“PruBSN”) memberikan hak asasi untuk semua kebanyakan mereka dari golongan keluarga berpendapatan rendah tidak mempunyai perlindungan penjagaan kesihatan. Visi  kami yang lebih besar untuk mewujudkan ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih inklusif, mengatasi masalah kewangan yang sering menjadi halangan bagi orang ramai daripada mendapatkan rawatan yang mereka perlukan 📰  Asas menyediakan...