📰 MANGSA-MANGSA PENIPUAN SKIM PELABURAN MATA WANG FOREX BERHIMPUN DI LEMBAGA KEWANGAN LABUAN (LABUAN FSA) KL SENTRAL DENGAN KERUGIAN JUTAAN RINGGIT
MHO berpendapat bahawa Lembaga Kewangan Llabuan (Labuan FSA) mempunyai bidangkuasa bagi melakukan siasatan memandangkan skim pelaburan ini diakui dikawalselia oleh Labuan FSA termasuklah duit-duit pelaburan yang disalurkan ke bank tempatan melalui syarikat berdaftar dengan Labuan FSA. Labuan FSA yang mempunyai peruntukan akta-akta khas baginya turut mempunyai bidangkuasa berkaitan dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang berkuatkuasa.
Pengadu-pengadu yang datang bersama ke Labuan FSA, aduan repot polis dan sebahagian daripadanya sudah dibuka kertas siasatan dan disiasat di bawah seksyen 420 kanun keseksaan. MHO mengesyaki bahawa tawaran-tawaran program skim pelaburan adalah tidak sah dari segi undang-undang kerana syarikat- syarikat tersebut gagal dan tidak mematuhi kepada undang-undang yang telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengawal selia syarikat-syarikat pelaburan di Malaysia ini.
Pengadu-pengadu tertarik & terpengaruh menyertai skim pelaburan ini adalah apabila mereka dijanjikan dengan tawaran pulangan yang menarik. Selain itu juga, terdapat bank-bank di Malaysia yang disyaki digunakan sebagai medium untuk menghantar wang ke luar negara bagi skim pelaburan tersebut. Tambahan pula, dalang-dalang ini juga aktif giat mempromosikan skim pelaburan mata wang forex ini di Indonesia, Singapura serta Brunei.
Menerusi penerangan dan representasi mengenai skim pelaburan yang diberikan oleh individu-individu yang disyaki agen kepada syarikat tersebut, pengadu telah tertarik dan berminat untuk menyertai skim pelaburan perdagangan mata wang forex tersebut. Mereka juga telah membuat pembayaran pelaburan bagi skim pelaburan itu.
Pihak MHO telah berjaya mendapatkan kerjasama daripada mangsa-mangsa untuk hadir membuat aduan sekaligus untuk mengadakan satu sidang media di Labuan FSA, Kuala Lumpur
Comments
Post a Comment