📰Pelancaran Kempen 💧‘NEX & Fattah Amin Bersama Palestin’ Menjelang Misi Bantuan 17 Oktober 2025 ke GAZA
📍 Putrajaya 🗓️ 4 September 2025 📰NEX bersama Fattah Amin,melancarkan kempen solidariti khas, " NEX & Fattah Amin Bersama Palestin " di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin . 📰Menjelang tanggal 17 Oktober 2025 , kempen ini akan menggerakkan rakyat Malaysia untuk membeli 500,000 botol NEX dalam masa 24 jam , dengan RM0.50 daripada setiap botol disalurkan bagi mencapai sasaran kolektif sebanyak RM250,000 . 💧Inisiatif ini bukan sekadar kutipan dana - ia adalah sebuah gerakan untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui keperluan harian, membuktikan bahawa walaupun tindakan sekecil seperti membeli sebotol air mampu membawa harapan kepada rakyat Palestin. 📰 Hasil kutipan akan disalurkan terus ke usaha bantuan di Gaza melalui Cinta Gaza Malaysia (CGM). Baru-baru ini, dunia tersentuh oleh tindakan rakyat Mesir yang menghantar botol berisi makanan ke Gaza melalui laut, setiap botol membawa bekalan dan harapan. 🎙️ Fattah Amin berkongsi: "Ini bukan sekadar tentang sebuah ...