๐ŸŽˆ Perasmian Norras Travel & Tours Sdn Bhd Sempena Jamuan Terbuka Hari Raya


Datuk Azman Abidin sudi hadir memberikan sokongan & undangan pada Norras Travel & Tours



YBHG Datuk Azman Bidin, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri menyempurnakan perasmian Norras Travel & Tours Sdn Bhd (NTSB) di Hotel Grand Barakah, Ampang pada 18 April 2025.

 

Sesi tersebut diadakan bersempena dengan majlis Jemputan Rumah Terbuka Eidul Fitri, anjuran Koperasi Norras Berhad (KBN).



Cenderamata penghargaan buat Datuk Zainal Abidin sudi meluangkan masa bersama hadirin


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Zainal Abidin dgn paluan gong

                                                

Majlis yang ditaja bersama oleh NTSB, Ihsan Ifintech Sdn Bhd, dan NB Holdings Sdn Bhd itu turut dihadiri YBhg Prof Datoโ€™ Dr Norbik Bashah Idris, Pengerusi KBN; YBrs Puan Ayumi, wakil NTSB; YBhg Datin Raskidah Ali, pengasas Dewan Perniagaan Wanita Islam Malaysia dan pengasas Trishya & Co, serta Lovena, Duta NTSB.

 

Menurut Ayumi, NTSB menawarkan lebih 50 destinasi percutian dari dalam negara dan luar negara dengan harga yang sangat berpatutan. Anda juga boleh menghubungi mereka untuk memilih bajet sendiri.

 

Mengenai pakej luar negara, katanya, NTSB menawarkan pelbagai pakej antarabangsa, dalam usaha memenuhi misi dan visi syarikat.

 

โ€œMisi dan visi kami adalah memberikan pengalaman perjalanan yang tidak akan dilupakan, dan menjadi peneraju dalam industri pelancongan,โ€ ujar Ayumi.

 


Sempena perasmian pelancongan Norras Travel & Tours mengadakan lawatan pertama ke Acheh & pakej menarik
          

Dalam ucapannya, beliau mengumumkan pakej perjalanan pertama NTSB ke Aceh pada 22 Mei nanti, sambil menawarkan harga diskaun sehingga jam 6 petang 18 April 2025.

 

Datuk Azman pula dalam ucapan ringkas beliau, mengucapkan tahniah kepada NTSB dan berharap syarikat berkenaan akan terus maju hasil sokongan semua.

 

Sementara itu, Datin Raskidah begitu teruja semasa memperkenalkan Lovena kepada pihak media. Sebagai permulaan, katanya, anak kecil berusia enam tahun itu akan terbabit dalam TikTok mempromosikan Aceh.



Persembahan Istimewa Tarian Acheh salah satu keunikan budaya Indonesia


โ€œSebelum ke Pakistan dan Switzerland, kita bermula dengan Aceh. Lovena akan โ€˜membintangiโ€™ TikTok bermain bersama-sama ikan lumba-lumba, dan snorkel,โ€ jelas beliau.



Norras Travel & Tours ingin memperkenalkan pakej pelancongan keluarga & anak anak bermain dolphin di Acheh


Selepas tragedi tsunami besar, tambah Raskidah, laut di perairan Aceh memang sangat bersih dan jelas hingga ke dasar. Memang sesuai untuk aktiviti snorkel.

 

โ€œSaya dan Novena akan ke sana pada 24 April ini. Lovena juga nanti akan dibawa menunaikan umrah, sambil mempromosikan jubah kanak-kanak,โ€ ujar beliau.



Keindahan Acheh adalah setanding dgn Maldev & Bali pada harga mampu milik sekeluarga
                      
          

Bukan sekadar mempromosikan Aceh, tambah Raskidah, kunjungan mereka akan turut memberikan penghormatan kepada mangsa tsunami.

 

โ€œAceh selepas tsunami memang luar biasa. Kami akan menaiki feri ke Pulau Sabang yang mirip Maldives. Ia belum diterokai. Untuk perjalanan pertama NTSB ke Aceh pada 22 Mei nanti, ramai yang telah membuat tempahan,โ€ jelas Raskidah.

 

Selama kira-kira empat jam, Jemputan Rumah Terbuka Eidul Fitri dimulakan oleh nyanyian pembukaan dengan lagu Raya oleh Jen Retno, bacaan doa dan ucapan pembukaan oleh Datoโ€™ Dr Norbik, tarian pembukaan oleh kumpulan dari Aceh, persembahan santai/muzik Raya melibatkan tetamu jemputan dan pihak media, selain sudah pastinya jamuan Raya.




Duta Kecil dari Indonesia untuk Norras Travel & Tours bijak mengayakan fesyen Acheh


Datin Raskidah Ali (kiri) bersama-sawa Duta Norras Travel & Tours Sdn Bhd, Lovena berusia enam tahun.

                                                           

+++ untuk keterangan lanjut, sila hubungi +01 234567890 dan +09 876543210, serta test@norrastravelandtours.com.

Comments

Popular posts from this blog

๐Ÿ’ธ (Scammer) Syarikat pelaburan tempatan perniagaan pendedahan Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) melibatkan 100 orang jadi mangsa

๐Ÿฝ๏ธ Pembukaan Restoran Primadona dulunya Restoran Puteri di Taman Tun Dr. Ismail menyaji hidangan istimewa citarasa tempatan

๐Ÿ›ต HALO DELIVERY MENYOKONG PENUH USAHA MENTERI (KESUMA)MEMBAWA USUL RUU PEKERJA GIG 2025