🖥️ IKLAN & PROMOSI BERLELUASA SCAMMER TANPA SEKATAN DI LAMAN SOSIAL BERJAYA MEMPERDAYA MANGSA SEHINGGA 3 JUTA
📍Puchong Kinrara - 📄Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPIN) Joseph Prakash telah mengadakan sidang media kes scam melibatkan 2 syarikat gergasi bermaharajalela menipu masyarakat, terdapat 18 jenis scam di kenal pasti & turut mempersoalkan kebebasan skim penipuan dalam talian itu beroperasi di media sosial. “PKIPIN meminta agar ‘scammer’ yang sedang berleluasaini disekat terus dari media sosial,” katanya.
📝Joseph Prakash menggesa tindakan tegas diambil pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani isu penipuan yang berleluasa. Mangsa yang membuat aduan kepada pihaknya selepas dimaklumkan siasatan tidak dapat diteruskan atas alasan kekurangan bukti. Agak menyedihkan, banyak kertas siasatan NFA (tiada tindakan lanjut) walaupun bukti kita sudah berikan secara jelas
📝 Seorang mangsa Ken Wong, 40 tahun telah melakukan 23 transaksi pembayaran ke dua akaun syarikat berstatus sendirian berhad dalam tempoh dua bulan bermula Julai. Modus operandi licik syarikat itu menggunakan platform pelaburan dan aplikasi berdaftar dengan Google Play Store.
📝 Menggunakan nama syarikat Pantheon Ventures di laman Facebook, mereka akan masukkan (mangsa) ke dalam kumpulan sembang Whatsapp Group. Kecurigaan Wong mula dirasai selepas diminta membayar tambahan RM1.7 juta sebagai langganan Infrastructure Processing Unit (IPU) untuk mengeluarkan keuntungan pelaburan. Malangnya, beliau bersama rakan lain membuat laporan polis pada Ogos, namun sehingga kini tiada sebarabg tindakan lanjut.
Comments
Post a Comment