Posts

Showing posts from July, 2024

✨Majlis Pelancaran 9KJ & Malam Apresiasi Trishya & Co "Sentuhan Cetusan Idea dari Eropah"

Image
Malam 27 Julai 2024 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pelancaran Majlis Pelancaran 9KJ & Malam Apresiasi Trishya & Co ini diadakan dalam suasana gemilang & eksklusif bersama para hadirin dengan tema hitam putih secara santai dan penuh bergaya.  Majlis gemilang koleksi ‘9KJ’ dihadiri oleh Pengarah Trishya&Co, Sarah Ezzate Norbik, Pengasas Bersama Nayli Batrishya Norbik, serta Ketua Pegawai Operasi, Dato Dr. Norbik Bashah Idris.  Acara ini menurut pengasas Trishya & Co ,Datin Dr. Raskidah Ali merupakan satu penghargaan khususnya kepada para pelanggan Trishya & Co yang tidak jemu memberikan sokongan kepada semua produk emas keluaran Trishya & Co. Cetusan idea untuk koleksi ‘9KJ’ inspirasi lawatan & pengalaman melakukan perjalanan ke Turki dan London. Kebanyakkan gaya wanita di sini menghias diri dengan barang kemas 9 karat yang mempunyai kandungan emas sebanyak 0.9% m enurut Dr. Raskidah.  Koleksi ikonik Trishya & Co, “Links of Malaysia (LOM),” menam

📰 PENGUMUMAN PRA-PELANCARAN: ASIA ISLAMIC TOURISM & TRADE EXPO DAN WORLD ISLAMIC TOURISM AWARDS 2024

Image
Kuala Lumpur  17 Julai 2024 -  Persatuan Agensi  Pelancongan Malaysia (MATA) dengan sukacitanya  mengumumkan pra-pelancaran Asia Islamic Tourism &  Trade Expo (AITEX) dan World Islamic Tourism Awards  2024 yang sangat dinanti-nantikan. Acara perdana ini,  yang akan berlangsung dari 23-26 Ogos 2024, akan  diadakan di Sunway Resort Hotel dan dijangka menjadi  perhimpunan penting bagi sektor pelancongan dan  perdagangan Islam global.   Ekspo AlTEX akan menampilkan ruang pameran  dengan keluasan meliputi lebih daripada 3,000 meter  persegi ruang, mempamerkan pelbagai sektor  termasuk pelancongan, perhiasan Islam, dan  kewangan Islam. Ekspo ini akan dibuka kepada  pemegang taruh dan orang awam bermula dari jam  10:00 pagi hingga 8:00 malam sepanjang ekspo berlansung. Antara pempamer yang mengambil bahagian di Ekspo AITEX seperti Tajikistan, Uzbekistan, Zambia, Thailand, Indonesia, Iraq, Turki, Langkawi, Pahang, Perlis, Brunei, China, Arab Saudi, Batik Air, Inap Desa Selangor dan banyak