💼 LEBIH 300 PESERTA DARI NEGARA ANGGOTA ASEAN DAN HONG KONG, CHINA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK ESG

🏨 Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur 📅27 Jun 2024 SME Corp. Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), telah menganjurkan ASEAN Hong Kong, China (AHKC) SMEs Going ESG Policy Dialogue and Workshop 2024. Acara yang disertai lebih 300 peserta daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan, negara anggota ASEAN dan Hong Kong, China ini merupakan platform untuk pertukaran ilmu pengetahuan, memupuk kesedaran tentang amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta berkongsi amalan terbaik mengenai kelestarian dalam kalangan negara ASEAN. Majlis perasmian yang turut diadakan sempena sambutan Hari PMKS Sedunia 2024, telah disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur hari ini. SME Corp. Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), telah menganjurka...