Posts

Showing posts from August, 2023

Konsert Zikir Terbesar Pertama kali diadakan di Zepp KL

Image
Kuala Lumpur 10 Ogos 2023  , Pelancaran telah diadakan di Menara KL , Buat pertama kalinya, sebuah acara zikir berskala besar akan diadakan di pentas berprestij Zepp Kuala Lumpur pada  16 September 2023. Konsert Mega Zikir Terapi yang berkonsepkan spiritual dan entertainment ini dianjurkan oleh Niyat dan mendapat sokongan Geran Dana Kandungan Digital oleh My Creative Venture dan Kementerian Komunikasi Digital, KKD dan mendapat penaja utama iaitu Cinta Gaza Malaysia serta beberapa rakan strategik dalam memastikan ianya berjalan lancar. Menurut pengarah konsert, Dr. Fitri Haris, objektif utamanya adalah untuk memperkenalkan bahawa muzik itu luas dan jika di dalam muzik itu di bawakan mesej-mesej yang baik dan murni, beliau yakin muzik itu akan menjadi lebih bermakna terutama kepada kita amnya dan anak-anak pewaris bangsa khasnya. Konsert ini juga akan mendapat sentuhan Pengarah susunan Seni suara iaitu Hafiz Hamidun yang sangat sinonim dengan zikir terapi serta pernah memenangi Susunan V