Posts

Showing posts from June, 2023

Bersama Media Menziarahi Ke Tempat Barangan Peninggalan Peribadi Rasulullah di Galeri Raudhah Rumah Kasih Nurul Hasanah Ampang

Image
Ampang 6 April 2023  Jom kita rebut Peluang di bulan Ramadhan ini dengan menziarahi ke tempat yang mulia barangan peninggalan peribadi rasulallah di Galeri Raudhah , Rumah Kasih Nurul Hasanah  Melangkah masuk ke    Galeri Nur Raudhah, aroma wangian suasana sekeliling tidak ubah seperti memasuki Raudhah di Masjid Nabawi    mengembalikan nostalgia bagi mereka yang pernah berada di kota suci Medinah. Dibahagikan kepada dua  bahagian yang dipisahkan oleh dinding melalui lorong dipamerkan artifak barangan peribadi Rasulllulah antaranya seperti Serban, Cebisan Rambut dan Janggut Baginda, Helaian rambut isteri kesayangan Baginda, Khadijah  & Fatimah serta Tongkat, Cemeti, mahu pun darah bekam yang dipelihara serta banyak lagi termasuk Kain Kiswah dalam Kaabah mahu pun Kain Penutup Maqam Rasulullulah. “Setekat ini GNR yang kecil ini mampu memuatkan lawatan kira-kira 40 orang dalam satu-satu masa memandangkan ruang tersedia sempit bagi menampung jumlah yang lebih besar,” jelas Ustaz Zawawi