Posts

Showing posts from May, 2025

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ Kerjasama GKK Malaysia-IIT Madras Pravartak Bina Kemahiran Digital Belia Malaysia

Image
Malaysia sebuah negara nenaiktaraf digital sudah bersedia menghadapi gelombang Industri 5.0, GKK Malaysia Sdn Bhd telah memeterai satu kerjasama bersejarah bersama-sama IIT Madras Pravartak Technologies Foundation (IITMPTF), pusat inovasi teknologi terkemuka dari India.   Matlamat utama gabungan dua entiti ini adalah melonjakkan kemahiran digital rakyat Malaysia, dan membina tenaga kerja masa depan yang berdaya saing global. GKK Malaysia: Satu Dekad Fokus Pendidikan & Pembangunan Kerjaya Ditubuhkan pada 2011, GKK Malaysia merupakan sebuah organisasi tempatan yang memfokuskan kepada pendidikan, latihan profesional dan pembangunan tenaga kerja. Pada 2023, GKK mengembangkan sayapnya ke India menerusi penubuhan GKK India, untuk menyokong kerjasama strategik, pertukaran pelajar dan program latihan yang disesuaikan bagi pasaran Malaysia, serta memudahkan penempatan kerja dan pendedahan global.   Siapakah IITMPTF dan Apakah Peranannya? IITMPTF merupakan sebuah s...

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MALAYSIA MENJADI TUAN RUMAH WORLD ISLAMIC TOURISM & TRADE EXPO (WITEX) 2025 DAN WORLD CULTURAL & ARTS FESTIVAL (WCAF) 2025: PENTAS GLOBAL PELANCONGAN ISLAM, PERDAGANGAN, SENI & BUDAYA BANDAR SUNWAY, SELANGOR, 20 Mei 2025

Image
Pelancongan Malaysia (MATA) dengan bangganya mengumumkan penganjuran Edisi Ketiga World Islamic Tourism & Trade Expo (WITEX 2025) dan edisi sulung World Cultural & Arts Festival (WCAF 2025) yang akan berlangsung dari 22 hingga 24 Ogos 2025 di Sunway Resort Hotel, dari jam 10:00 pagi hingga 8:00 malam setiap hari. Kemasukan adalah PERCUMA kepada orang awam. Dahulunya dikenali sebagai Asia Islamic Tourism & Trade Expo (AITEX), acara ini kini diberi penjenamaan semula sebagai WITEX bagi mencerminkan pertumbuhan pesat sektor pelancongan Islam dan perdagangan global di bawah identiti antarabangsabaharu. Acara tahun ini dijangka lebih rancak dengan lebih 150 reruai pameran serta penyertaan kukuh dari negara-negara Islam dan bukan Islam, termasuk negara ASEAN, anggota BRICS serta industri pelancongan antarabangsa. Era Baharu Pelancongan Islam, Pelaburan dan Pertukaran Budaya. Dengan tema โ€œMemperkasa Masa Depan Pelancongan dan Perdagangan Islam melalui Budaya dan Inovasi,โ€ WITEX 20...

๐ŸŽˆMAJLIS PERASMIAN SEMINAR ASAS KEUSAHAWANAN TEKUN NASIONAL OLEH YB R RAMANAN

Image
๐ŸŽˆ MAJLIS PERASMIAN SEMINAR ASAS KEUSAHAWANAN TEKUN NASIONAL       Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datoโ€™ Sri Ramanan Ramakrishnan akan menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Asas Keusahawanan Tekun Nasional   ๐Ÿ—“ Tarikh : 17 MEI 2025 (Sabtu)    โฑ Masa : 11.00 Pagi - 1.00 PETANG    ๐Ÿ“ Lokasi : Acappella Suite Hotel Shah Alam Selangor https://maps.app.goo.gl/oZmnWayjv2aFDgGB8